Saturday, December 29, 2012

Pendaftaran dan orientasi murid tahun 1 SKFC 2013

Selesai sudah mesyuarat guru kali pertama dan pendaftaran murid tahun 1 2013. Sekarang ni sambung balik mood bercuti sampai Selasa depan. Hmmm, bidang tugas ambe untuk tahun depan tak de berubah sangat. Setiausaha HEM, penyelaras linus dan guru kelas tu antara yang tugas yang utama..sama seperti tahun 2012. Cuma bab guru kelas je berubah sikit. Ambe kembali menjadi 'bapak' untuk anak-anak tahun 1. Sejarah 2011 berulang kembali. Bukan senang ye untuk jadi guru kelas tahun 1 nak-nak kelas yang hujung sekali.  Kena banyak bersabar dan 200% lebih rajin daripada guru kelas yang lain. Tu pengalaman ambe dua tahun berturut-turut mengajar tahun 1 kelas belakang. Sebenarnya, dari awal lagi ambe dah yakin yang ambe bakal jadi guru kelas tahun 1 sebab muka ambe ni memang muka budak darjah satu..haha...

Tugas pertama ambe sebagai guru kelas telah pon bermula pada 28/12/2012 iaitu untuk sesi pendaftaran dan orientasi murid-murid tahun 1. Murid-murod dibawa ke kelas untuk membiasakan diri mereka dengan iklim bilik darjah dan juga kawan-kawan yang baru. Nasib baik semuanya baik-baik belaka semalam. Tak de yang buat songeh. Budak-budak sekarang semua dah cerdik dah, tak de yang nangis-nangis. Tak macam zaman kita dulu-dulu, dengan mak-mak sekali duduk atas kerusi dalam kelas. Sampaikan cikgu panggil nama murid, mak yang angkat tangan..hehe

Besau-besau cikgu tulis nama..sape yang bising kang, senang cikgu nak jerit kuat-kuat.

Angkat tangan...jatuh! Angkat...jatuh!

Cikgu duk pok pet pok pet dekat depan.

Nama kita bla..bla... kita ada pensel upin ipin..


Tahun depan ambe diberi kuasa untuk mengajar matematik tahun 1, matematik tahun 3, bahasa inggeris tahun 2, kemahiran hidup tahun 4 dan pendidikan seni untuk tahun 2.. suka..suka..suka...


Thursday, December 27, 2012

Makan - makan di Haza Bistro


Aktiviti ambe dan teman-teman sebelum masing-masing pulang ke lubuk rezeki. Grr, perjumpaan terakhir kami untuk tahun 2012. Pasni tahun depan pulak lah kita jumpa ye.. Big thanks to Hanis and Rohimin sebab sudi keluar lepak , makan sama- sama. Lokasi pilihan kami untuk bersantap kali ni ialah di Haza Bistro, Kota Bharu. High recommended kepada orang - orang di Kelantan untuk cuba makanan kat sini. Tempat yang sangat selesa dan makanan yang memenuhi citarasa. Ni kali kedua ambe makan kat sini.

Nasi goreng Haza Bistro and tom yam for bro Rohimin

Ambe dan hanis pilih set nasi briyani

Untuk kami bertiga

Benda paling best bila dapat makan yang sedap- sedap pastu ada orang yang belanja kan? Hehe.. terima banyak- banyak nis sebab sudi belanja kita orang...semoga sentiasa dimurahkan rezeki.. next time my turn pulak yang belanja ye...

Tuesday, December 25, 2012

Selamat sampai di Chemomoi

Alhamdulillah..selamat sampai di tempat mencari rezeki pada pukul 6 petang tadi. 8 jam drive. Syukur sebab tak hujan, mendung je sepanjang perjalanan.. Cuma jalan jem agak teruk di Kuala Krai akibat air sungai yang melimpah di atas jalan. Penat dan perlu mengecas diri secukupnya malam ni kerana esok, mesyuarat guru kali pertama bagi sesi 2013 akan diadakan. Maka bermulalah episod baru untuk tahun yang ketiga ambe bergelar guru. Semoga dipermudahkanNya.







Erkk, rasa homesick lah pulak...

Bertolak pulang ke Chemomoi...meneruskan sebuah perjuangan

Ya Allah..
Permudahkanlah segala urusan ku pada hari ini..
Rahmatilah sepanjang perjalananku....
Jauhkanlah daripada setiap kesulitan dan kesusahan
Lindungilah daripada bencana dan segala ujian Mu Ya Allah...
Mudah- mudahan selamat sampai ke destinasi rezeki ku....
Meneruskan perjuanganku demi mencari keredhaan Mu...

Awan hitam di bandar Kota Bharu pada 24/12/2012...hujan lebat sepanjang hari.

Friday, December 21, 2012

21/12/2012 (My 25th Birthday)

Alhamdulillah, dengan izin Allah s.w.t, maka hari ni 21/12/2012 genablah ambe hidup 25 tahun di bumi Allah s.w.t. Syukur pada-Mu Ya Rabbi. Ambe masih lagi diberi ruang dan peluang untuk bernafas dan menikmati segala keindahan alam ini. Allahu Akbar!!!

There are no greatest gifts besides another day of life... Alhamdulillah, Thank you Allah..

Terima kasih kepada semua yang telah memberikan ucapan dan doa. Ambe sangat hargai. Semoga kita semua sentiasa diberikan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Aminn.

Pada saat Allah s.w.t. berikan kesempatan untuk ambe mengecapi nikmat di usia 25 tahun, Allah s.w.t tidak putus-putus memberikan nikmat yang lain kepada hambaNya. Alhamdulillah. Pertama, ambe telah lulus Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) yang diumumkan semalam. Tahniah juga buat rakan-rakan yang lain kerana sama-sama lulus dan InsyaAllah, semoga urusan pengesahan jawatan selepas ini akan dipermudahkan. 

Kedua, impian ambe  untuk memiliki smartphone juga tercapai. Bukanlah niat untuk menunjuk-nunjuk..jauh sekali daripada perasaan bangga diri. Cuma teringin nak merasa telefon yang canggih sebab telefon yang lama tu dah dipakai daripada tahun 2008. Kiranya, ini adalah hadiah hari jadi untuk diri sendiri.

Banyak lagi nikmat yang diberikan antara sedar dan tidak sedar. Terima kasih Tuhan atas nikmat yang diberikan. Alhamdulillah.


"Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa yang kamu hajati dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya. (Ibrahim 14:34)



Thursday, December 13, 2012

My 2013 planner

I got my planner for 2013. Anda Bagaimana?

Beberapa hari lepas, ambe ke kedai buku di Kota Bharu. Kebetulan nak jumpa kawan, singgah kedai buku jap sambil-sambil cuci mata.  Kalau orang Kelate mesti kenal dengan Kedai Jaafar Rawas. Kalau nak beli Al-Quran ke, buku agama ke, kitab ke, kopiah ke, jubah ke, atau apa-apa barang berunsur Islamik mesti cari kedai ni. Sambil-sambil cari buku yang best-best, sempat jugak lah ambe mengedik dekat bahagian diari dan planner. Macam-macam diari dan planner Islamik ada. Belek punya belek, akhirnya terbeli jugak satu sebab berkenan dengan design dan kandungan planner tuh.


Simple but nice with navy blue colour.

Ada kisah-kisah nabi..

Ni paling penting. Ada tazkirah ringkas. Boleh baca masa jadi guru bertugas mingguan nanti.


Ada peta laluan LRT, komuter dan monorel. Boleh dijadikan panduan kalau nak travel area Kuala Lumpur.


Ruangan untuk tulis-tulis yang sangat warna warni.

Ada banyak lagi benda yang menarik tentang planner ni. Contonhya ada jadual cuti am untuk setiap negeri, Jarak perjalanan antara bandar-bandar di Malaysia, waktu solat bandar-bandar utama, sejarah bermula kalender Hijrah, dan juga fasa pergerakan bulan bagi tahun 2013. Memang berbaloi beli sebab yang penting harganya murah. RM13.00 sahaja. 

Kalau ikut pengalaman yang lepas, awal tahun je semangat lebih nak tulis semua benda. Bila dah masuk bulan kedua, ketiga dan seterusnya, mulalah planner tu berhabuk dekat atas meja. Buruk kan perangai? Hehe. Bila akhir tahun, mula menyesal balik sebab tak tulis, dah tak ingat benda apa yang dah dibuat sepanjang tahun. Dah tak ingat tarikh aktiviti-aktiviti penting.

Tahun depan kena ubah sikap. Kena jadi rajin untuk tulis aktiviti dan benda -benda penting terutama berkaitan dengan kerja-kerja di sekolah. Betul-betul kena berubah. Ya Allah, bantulah hamba mu ini...

Friday, December 7, 2012

Ku rindu kalian....

Buat anak-anak Tahun 6 SKFC 2012 tercinta, ini pesanan cikgu buat kalian sebagai bekalan menjadi anak remaja di alam sekolah menengah nanti......


Selamat meninggalkan alam kanak-kanak yang penuh warna 
Selamat menuju alam remaja yang pasti berliku jalannya
Jagalah diri dan kukuhkan jati diri kalian sebaik-baiknya
Janganlah sesekali mencuba apa yang ditegah takut nanti menyesal tak sudah 
Carilah kawan yang boleh membantu, bukan yang membuntu
Tetapkan iman, jagalah adab selalu
Moga nanti jadi anak yang berguna
Sampai kita ketemu lagi.

Bersama sebahagian murid-murid tahun 6 2012..memori bersama kalian tak akan pudar selamanya.


Tuesday, December 4, 2012

Santapan Cuti Sekolah

Cuti panjang. Sape yang tak suka kan bila dapat duk rumah , rileks-rileks…tidur, makan, tidur, makan, makan, pastu makan lagi...tapi badan tak gemuk-gemuk jugak. Kekal maintain slim daripada dulu…susah bebenar lemak-lemak ni nak membiak. Lemak mandul kot. Hehe.Teringin jugak nak dengar kawan-kawan cakap “dah gemuk eh sekarang...” 

Tu je lah rutin ambe setiap hari waktu cuti sekolah ni selain memenuhi jemputan kenduri rakan-rakan dan keluar jalan-jalan. Banyak masa dihabiskan di rumah. Rumahku syurgaku. Hehe.

Sebagai aktiviti di rumah selain menonton televisyen, layan internet…ambe ada jugaklah beli buku untuk santapan minda. *Santapan minda lah sangat kan padahal beli novel je pon. Hehe.

Paling best buku Bersyukur Saat Diuji. Sesuai untuk sape-sape yang tengah bersedih.  Ni bukan novel tapi buku motivasi. Banyak input yang membina. Novel Nasi Lemak Ikan Pekasam tu kurang sikit tapi kalau dah start baca tu boleh ketagih jugaklah.  Hehe. Novel tu kisah cikgu yang kena mengajar dekat kawasan pedalaman. Jalan cerita o.k cuma gaya bahasa yang digunakan tu macam nampak kurang sesuai dengan latar tempat dan latar masayarakatnya. Terlalu banyak unsur tokok tambah membuatkan pembaca akan berfikir “ada ke cerita macam ni..” “macam tak logik je kisah ni”…. Lebih kurang macam tu lah.. tu pendapat ambe ye..

semanis epal

Bersyukur Saat Diuji dah habis baca. Nasi Lemak Ikan Pekasam hampir habis. Nak kena topup bahan bacaan baru ni. Sape-sape ada bahan bacaan yang best boleh lah kongsi bersama ye..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...