Tuesday, August 14, 2012

SALAM AIDILFITRI


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN UNTUK SEMUA YANG MEMBACA BLOG SEMANIS EPAL

Semoga aidilfitri yang diraikan memberikan seribu makna dan berkat dariNYA



P/S : Ambe akan start bercuti pada 16 Ogos 2012 hingga 26 Ogos 2012...Semoga selamat semuanya..

Sampul Duit Raya SKFC..Limited Edition

Ni diaaaaa duit raya untuk murid-murid SKFC. Lenguh tangan nak masuk satu-satu. Duit raya ni akan diberikan esok sempena majlis Khatam Al-Quran. Untung budak-budak ni kan, belum raya lagi dah dapat duit raya. Walaupun nilainya tak seberapa, tapi diorang mesti excited sebab dapat duit raya daripada cikgu-cikgu diorang. Sape yang tak datang esok tu, rugi lah ye.. Lebih exclusive lagi, kat sampul duit raya tu ada LOGO SKFC! Kelassssss uolls...hahaha. Cikgu-cikgu semua duk telan air liur tengok sampul duit yang comel tu. Ye lah kan, kalo bagi dekat sedara mara tu mesti bangga sebab ada logo sekolah...glamour gitu. Ambe dah pesan awal-awal kat murid-murid kelas ambe, sape yang tak nak sampul tu boleh bagi cikgu..cikgu nak recycle. Hehe. Tahun ni, ada bekas murid SKFC sudi untuk menaja sampul duit raya tu..Terima kasih Pn. Haslinda Mohammed untuk sampul yang comel tu. Tahun depan boleh sponsor lagi ye..hehe



Sampul duit raya yang limited edition. Sayangnya kalau murid-murid membuangnya merata-rata.

Sunday, August 12, 2012

Tazkirah : Gandakan Amalan Di Akhir Ramadhan

Esok, minggu last persekolahan sebelum kita semua bergembira di hari raya... Bila minggu last ni faham-faham je lah kan, mood nak bekerja tu jadi suam-suam kuku...lagi kacau bilau jiwa dan raga bila ambe kena jadi guru bertugas sepanjang minggu tuh... Kepala otak terpaksa disetting elok-elok agar mood balik kampung tuh tak tergugat dengan komitmen sebagai guru bertugas..hehe.

Kerja tetap kerja...tanggungjawab harus dilaksanakan. Yeah!! Kalau di sekolah ambe, salah satu tugas guru bertugas adalah membacakan tazkirah ringkas pada perhimpunan pagi. Lebih kurang 5 minit macam tu..Selaku wakil tunggal guru lelaki yang bertugas pada minggu ini, adalah wajib dan semestinya ambe yang membacakan tazkirah tu. So, kali ni nak kongsilah sedikit tazkirah yang bakal disampai oleh ustaz celop pada hari esok..hehehe. tajuk tazkirah ambe esok adalah bertajuk "Gandakan amalan di akhir Ramadhan". Sesuailah kan dengan kita semua di penghujung Ramadhan ni.

GANDAKAN AMALAN DI AKHIR RAMADHAN

Hari dan minggu berlalu begitu cepat, tanpa disedari kini kita sudah pun berada di sepuluh terakhir Ramadhan. Maka tempoh terakhir ini adalah masa bernilai dan berharga yang perlu direbut oleh kita semua bagi mereka yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT.

 Allah SWT telah menganugerahkan kepada hamba-Nya di dalam bulan Ramadhan satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar. Pahala beribadat pada malam itu menyamai pahala seribu bulan. Malam itu juga malam yang paling istimewa dalam kehidupan manusia dan malam yang terbaik bagi umat Islam kerana diturunkan al-Quran al-Karim.

Pada malam itu juga turunnya Malaikat memenuhi bumi ini. Dan Malaikat turun bersama-sama turunnya berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam itu. ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. 

Lailatul Qadar adalah malam yang amat ditunggu-tunggu oleh mereka yang menginginkannya kerana ia hanya berlaku pada satu malam sahaja sepanjang tahun. Lailatul al-Qadar mempunyai kelebihan yang begitu besar, maka seharusnya kita berusaha dan tidak mensia-siakan peluang malam yang dijanjikan itu. Bagi orang yang beriman mereka berazam mencari peluang yang disediakan dengan berlumba-lumba untuk bangun di malam yang hening dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala dari Allah SWT sepertimana sabda Rasulullah SAW :

Maksudnya: Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam ganjil pada sepuluh hari yang terakhir pada bulan Ramadhan.” (Riwayat al-Bukhari)

Rasulullah SAW apabila berada pada 10 malam yang terakhir beliau menghidupkan malam-malam tersebut dengan melakukan ibadat sebagaimana yang diriwayatkan oleh  Saidatina Aisyah RA katanya: Sesungguhnya Nabi SAW. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah.”

              Antara amal soleh dan kebajikan  yang dituntut pada 10 terakhir ramadhan adalah seperti beriktikaf di masjid-masjid, bertadarus al-Quran, memperbanyakkan zikir-zikir, memperbanyakkan solat-solat sunat, menghadiri kuliah dan  takzirah Ramadhan. Satu lagi perkara kita dituntut melakukan  ialah bersedekah samada kepada fakir miskin, anak yatim dan sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan.

              Untuk murid-murid tahun 6 yang bakal menduduki UPSR tidak lama lagi, rebutlah peluang ini untuk berdoalah dan memohon pertolongan daripada Allah s.w.t  agar diberikan kelebihan dan dipermudahkan  segala urusan untuk menduduki peperiksaan UPSR dan seterusnya memperoleh kejayaan dan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti.

Sebagai kesimpulan, marilah sama-sama kita merebut peluang keemasan yang diberi oleh Allah SWT pada fasa yang terakhir ini. Mudah-mudahan Ramadhan yang kita tempuhi tahun ini akan menjadi titik perubahan dalam diri kita untuk menjadi insan yang bertakwa dan diredhai Allah SWT  di dunia dan di akhirat.


Ambe edit tazkirah tu daripada laman web Jakim. Tu sebenarnya intisari daripada Khutbah Jumaat. Harap-harap bermanfaat kepada kita semua.





Kad Raya VS Duit Raya

Dah masuk minggu terakhir berpuasa...sekejap je rasa kan? tup-tup dah nak raya. Kalau kecik-kecik dulu, macam lambat je nak abis bulan puasa..tapi sekarang ni pejam celik pejam celik pejam celik dah nak raya...pejam celik pejam celik dah puasa balik..pejam celik pejam celik , eh -eh dah nak raya balik..macam mana tak cepat tua. hehehe

Di sekolah, kerja tetap kerja walaupun kepala otak duk pikir nak balik kampung je..hehe. Minggu terakhir ni, sekolah ambe akan adakan majlis Khatam Al-Quran. Untuk majlis tu nanti ambe ditugaskan untuk menyediakan kad raya untuk cikgu-cikgu dan duit raya untuk murid-murid. Alhamdulillah, kad raya dah settle..cuma duit raya je belum settle sebab sampul duit raya masih belum sampai...tahun ni, ada hamba Allah telah sudi untuk sponsor sampul duit raya untuk murid-murid.. siap ada logo sekolah lagi.. very exclusive!! Untuk duit raya pulak adalah hasil sumbangan ikhlas yang wajib dibayar oleh guru-guru dan kakitangan sekolah. Macam mana tu ikhlas tapi wajib bayar? hahaha.. 

semanis epal

Kad raya untuk cikgu-cikgu termasuklah untuk diri sendiri..hehe. Zaman sekolah dulu paling banyak dapat kad raya...zaman maktab, ko bagi ak..aku bagi ko...main tukar-tukar kad dengan bestfriends...hehe. Sekarang ni tak de dah dapat kad raya yang bersetem..kalau sape yang pos kat ambe, mesti anda akan dihargai..hehe

Ni duit raya untuk murid-murid. Duit dah tukar, tinggal untuk dimasukkan dalam sampul je.. satu bundle besar tu ada RM1000. Murid sekolah ambe ada hampir 500 orang. So, sorang akan dapat RM2. Walupun kecik je nilainya, tapi ni part paling excited. Nak-nak time bagi duit raya tu dipasang lagu-lagu raya...haishhhhhh, tak sabar tunggu Rabu ni..


p/s: Duit raya dah tukar...biskut raya dah beli, kerepek dah siap....jom balik kampung!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...